Jul 13, 2012

Gelap Malam

Baring atas buaian tepi rumah pejamkan mata dengarkan lagu rentak perlahan, tenang.


Tanpa aku sedar, awan berombak kencang memukul batas waktu
Langit merenung guruh dan adiknya, petir menyanyi lantang
Bulan mengintai tenggelam timbul berlagak dirindui pungguk
Adakalanya bintang-bintang sengaja muncul membentuk buruj berkaki tiga


Benarlah.


Walaupun bulan menghiasi
Walaupun bintang menembusi
Walaupun guruh petir menyanyi nyanyi
Tetap saja benar, benar bahawa malam sememangnya gelap
Sepekat-pekat renungan bebola mata si burung hantu,
malam tetap saja dapat menandingi kepekatan kesuraman dan ketajaman pandangan matanya.


Boleh khabarkan kepadaku?


Khabarkan betapa malam tidak mampu disaingi.
Khabarkan bahawa malam itu punya rahsia peribadi.
Khabarkan bagaimana malam berdaya menambat hati.
Ingin sekali kukorek sunyi malam
agar dapat menjadi puisi puitis sempurna


Ya. Sempurna, sesempurna gelapnya malam itu sendiri.
-mien sarif.

No comments: