Aug 31, 2015

Pengalaman panjat gunung PART 1

Currently in Cameron Highland (CH) for a short Merdeka getaway with my family while the rest of the gang are in Pulau Perhentian for a group vacation. Tiba-tiba terpanggil nak tulis entry ni sebab gunung pertama yang aku naik juga terletak di CH hehe.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Gunung pertama yang aku naik adalah Gunung Yong Belar, gunung ketiga tertinggi di semenanjung Malaysia. Sebenarnya aku tak ambil tau pun status gunung-gunung ni, dah turun baru tau boleh tahan tinggi rupanya hahaha.

Sebelum ni tak pernah terfikir pun untuk  pergi hiking sebab tak ada family ataupun  kawan-kawan terdekat yang ada hobi macam ni. Tapi akhir tahun 2014, ada a group of my college friends (Geng Gunung|GG) invited me to join them for this Yong Belar hiking trip. I straight away say YES because why not?

Mula-mula agak takut jugak sebab tak pernah ada pengalaman lagi kan. Tak fit, stamina tak ada lansung. Naik bukit Kledang pun tak sampai puncak, baru half way dah turun sebab lapar. And the thing that I worry the most is the weather, the coldness. Sebab aku jenis tak tahan sejuk. Ambil wudhu pun boleh menggigil. Orang kata sebab aku takde lapisan lemak, kurus sangat! (I am 34kg).

A month before the hiking trip, I started hanging out with them, trying to fit in. They are very cool people, very easy going, friendly and just like that we clicked.  And if you people know me, you’d know how overprotective my parents are. I had Tiin to call my mom and tell her that it’s going to be okay hehe.

Seminggu sebelum hiking, kita beramai-ramai serbu SportsDirect.com yang terletak dalam Tesco Ipoh Garden. Memandangkan SportsDirect tu baru bukak, almost all items are on sale! I bought my very own hiking bag, Karrimor 65L (MYR 169 / normal price MYR 300+) and day-pack bag also from Karrimor (MYR 169). Like I mentioned above, I really can’t stand cold weather so I bought a pair of thermal glove (MYR 39) and a thermal shirt (MYR 35).

Untuk tidur selesa sikit dalam hutan nanti, beli la sleeping matt (MYR 17). Sleeping bag aku dah ada, tak perlu beli. And you really don’t want to ruin your expensive running shoes, so go to any hardware store and buy a pair of rubber shoes (MYR 6). Tapi.....the smallest size they have is 36 while my size is 35. So nak taknak, terpaksa la pakai Nike running shoes masuk hutan...sobs.

Plus, rubber shoes are a lot easier to clean. Sebab dia slip on je, so kalau masuk selut ke apa, boleh bukak-bersihkan-pakai-sambung jalan. Aku ada menyimpan hasrat nak beli hiking boots, tapi otai-otai cakap tak function sangat pun. Nanti kalau masuk air, susah nak kering sebab waterproof.

Untuk beginner yang baru nak berjinak-jinak, memang terasa la banyak berhabis duit. Tapi untuk sekali ni je, sebab untuk trip-trip akan datang barang-barang basic semua dah ada. Takkan lah setiap kali nak pergi hiking, nak kena beli bag baru ye dok?

Periuk, kuali, senduk, pinggan, mangkuk, sudu, garfu, mess tin semua aku tak perlu beli. Sebab GG dah memang ada. Oh for your information, GG ni dah naik beberapa gunung dah sebelum ni. Diorang start hiking dalam bulan Ogos 2014, dalam tempoh empat bulan ni, dah 4 gunung diorang ziarah: Gunung Bubu, Gunung Berembun, Gunung Jasar & Gung Irau. Core members are of course, the guys: Tiin, Jelin, Ismail, Syed, Iqmal & Nik. And the ladies are: Mun, Kak Amal & Naza. Members are not fixed, kita alu-alukan orang lain untuk join juga.

Ni aku listkan barang asas dan anggaran harga untuk sesiapa yang bercadang nak menceburkan diri dalam bidang pendakian gunung ni ecewah.

Hiking bag 65L: MYR 150-300
Sleeping bag: MYR 80-120
Rubber shoes: MYR 5-8
Sleeping matt: MYR 15-20
Thermal glove: MYR 39
Thermal shirt: MYR 34
Headlamp: MYR 15-25

  • Harga tak tetap, sebab semua bergantung pada jenis & brand, kadang-kadang kalau rajin survey dan pandai cari, boleh dapat yang lagi murah.
  • Hiking bag kalau untuk camping satu malam, 30L-40L dah cukup. 65L-80L selalunya orang pakai untuk trip seminggu atau lebih.
  • Thermal glove/ thermal shirt adalah optional. Kalau rasa jenis tak tahan sejuk macam aku, boleh la beli.
  • Headlamp is much needed because it’s very useful. I prefer headlamp compared to flashlight because you can go hands-free with it!

So ni je untuk part 1. InsyaAllah akan cari masa untuk tulis part 2 soon.

Bisous!

2 comments:

AzminaSarif's said...

Yeayy finally someone's giving me the instructions. Haha planning on joining my ARC Club next sem so I can be fit enough to join hiking with you in Perak nanti :3

Aini Shah said...

Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)