Feb 16, 2012

Solace

Minat tak semestinya mahir, sayang. Lebih kurang macam orang kata; sayang tak semestinya memiliki. 
Tak ada kena mengena? Tak kisah.

Diibaratkan macam kipas-susah-mati One Direction. Beli semua album, hafal semua lagu. Tapi tak semestinya suara dia sedap. Peminat Pablo Picasso yang selalu ke galeri seni, sanggup bayar beribu untuk sekeping lukisan (yang bila kita pandang nampak macam contengan anak-anak), tapi tak semestinya dia mahir bermain dengan warna dan hasilkan karya sendiri. Macam fashionista yang suka bergaya, pandai mix and match segala benda, tapi belum tentu boleh jadi fashion designer. Macam diri sendiri, suka baca hasil karya orang lain, tapi tak mampu, tak tahu, tak mahir nak bermain dengan kata-kata puitis.

Minat tu memang lah minat. Tapi kalau dah tak berbakat, hanya boleh rasa kagum. Mengkagumi hasil kerja orang lain pun dah boleh bagi kepuasan :) Jealous? Siapa yang tak. I know how you feel Kak Zatul. Rasa dengki yang teramat sebab kita tak punya jemari yang bila menekan keyboard, semua huruf yang ditekan bergabung jadi seni. Walaupun dua baris, tetap berseni, penuh emosi, penuh makna.

Contoh? Fynn Jamal’s ------> Celaka senyum itu, 
                                          serabut jantung aku.

Ada few more lines before yang ini, tapi aku tak rasa perlu baca semua untuk faham maksud dia.

Sesetengah orang bila baca macam, ‘So? Tu je? Aku pun boleh buat satu.’ Nampak sangat tak berseni. Haktuih. Haha. Takdelah nak cakap aku ni berseni tapi macam pelik, kenapa orang lain tak rasa apa yang aku dengan Ami rasa bila baca buku Ranap muka surat 15, then jumpa these two lines? Okay fine, lain orang, lain cita rasa. 

Kenapa tak cuba buat satu?
I did try. But I just suck at literature. Kalau A. Samad Said baca, mungkin boleh menangis. Dengan bahasa yang tunggang langgang, mau kena hantar pergi kelas pemulihan. Haih. I suck at everything I've tried. I want to draw, but I suck at art. I want to sing, but I suck at music. I want to dance, but I suck at body coordination. I want to be a lot of things, but unfortunately I just suck too hard. 

Lepastu bila cakap tengah baca buku je mesti semua orang ingat novel cintan cintun. Come on ah. Apa barang novel jiwang karat macamtu -.- Serious tak layan. Sebab semua macam klise. Baik bukak 612 tengok Spongebob. Dapat jugak tengok rainbow imaaginaatioon *gerakkan tangan kanan membentuk separa bulat*. Hikhik. Okay, tak ada kena mengena lagi.

Dingin.blogspot.com <----My favourite author’s blog : Bahruddin Bekri. I love his style of writing. Mostly pasal hidup. Cara hidup. Budaya. And ada jugak yang Islamic. Dia guna ayat simple je, tapi macam soothing bila baca. Tapi siapa yang cepat rasa bosan, sumpah tak layak pegang buku Uncle Budin ni. Another favourite author : Hlovate. Ada banyak lagi, kalau perasan, dekat bawah sekali, sebelah kanan bar followers tu, ada links penggiat sastera tanah air. Oicehh. Haha. Jemputlah tekan V(^.^)

 Serabut

Gula jadi masin
Kopi rasa hangus
Mandi dengan pasir
Tidur mata buka
Baring atas duri
Buku habis nikmat
Drama macam haram
Angin sudah mati
Baju usah gosok
Lagu hilang indah
Puisi lancar tidak

Celaka senyum itu, 
serabut jantung aku.

                                                                                -Fynn Jamal (Ranap m/s 15)




Nota klip kertas : Kalau baik hati kacak maskulin comel cantik, belikan buku-buku Bahruddin Bekri, Buku Kontrol Histeria, dengan semua zine from Zine Satu Malam. Terima kasih.

P/s : Mien kata lepasni dia dah tak banyak menulis sebab dia nak concentrate on being an architect. Entah sejak bila dia tolak tepi buku perundangan simpan bawah katil pun aku tak tau.



Puisi itu sebahagian dari bahasa jiwa. Tidak mengapa jika dipandang orang enteng, asalkan kita berbahasa.
Farysa Sinsabell

Okebai.  

2 comments:

Farah Syahirah said...

(Y) gilaa. bahrudin bekri . aku admire gila. me too. takde bakat hanya mampu mengagumi :)

chqz said...

and aku berbangga sebab jadi pencetus fenomena dekat 4F :8D