BIARKAN
Aku harung hari itu dengan sesal
Suluhan bulan
dan serakan bintang
kian sesak
Dalam khayal aku harungi garisan sempadan
Puas menabur bakti
Kini aku mahu sendiri
Hari-hariku lemas dan rimas
Kuncikan saja aku di sini
Kerana, aku teringin menyendiri
Selagi mereka tidak menerpa
Biarlah aku begini
Biar mayatku rapuh
Hancur dan luluh
Dimamah waktu
Biar tulang tersadai
Daging berkecai
Biar aku mati angkuh
Kerana akhirnya
Aku tetap sendiri
- mien sarif
Kalaulah ada rakaman video tentang semua pengorbanan ayah dan ibu dari kita lahir sampai sekarang, aku yakin kita semua pasti menangis ....
Selamat Hari Bapa untuk para bapa di rumah orang-orang tua. Tanpa anda, siapalah anak-anak anda. Terima kasih saya ucapkan bagi pihak mereka. I love you. Juga bagi pihak mereka.
No comments:
Post a Comment