Nov 23, 2013

Cool places in Ipoh - Khizanat


For those yang berjiwa patriotik, berjiwa indie, yang #sapotlokal , yang suka kopi --
boleh start kereta sekarang dan pergi Khizanat.

No. 57A, Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 IPOH (Landmark: French Hotel)

Search je dalam Waze, ada.

Apa yang ada?


  • Buku-buku macam Novel Fixi, buku puisi macam Puisi Tepi Jalan Fynn Jamal, zine-zine.
  • Baju/ Bag/ Kasut brand local macam Abstrax Jingga, Kuku Besi and banyak lagi.
  • Cafe. Ada meatball, burger etc and signature Kopi Khizanat (tak pernah cuba makan dekat sini lagi)


Nampak je French Hotel, terus cari parking tepi-tepi jalan yang berdekatan. Nampak Watson, naik tingkat dua (atas Watson). Ada board besar punya bagitau yang itu Khizanat. No worries, tak akan sesat, tak akan tak jumpa.

Baru naik tangga dah boleh imagine dah dekat atas nanti macam mana.



Ta-da !


Sila ketap gigi tanda excited nak mampus bila dah sampai atas.

Kedai ni kecik je. Ni sahaja rak yang menempatkan buku-buku. Dinding penuh dengan conteng-conteng orang yang pernah datang Khizanat, including Fynn Jamal okehhh !! Kalau pandang dinding tu, tak nampak nama "Ainal" , aku taktau nak cakap apa. Beria suruh Nadhil yang panjang tuliskan nama dekat paling atas bahagian conteng-conteng tu.


I'm in love with the decoration. Sangat artsy fartsy, sangat cantik. Penuh paintings. Lagu yang dipasang semua layan. Sebenarnya boleh baca buku dekat sini sambil makan, tapi tak puas la kan baca buku yang bukan hak milik sendiri. Tak rasa ke? So jom support local and beli buku/baju kat sini ! :)

Catch of the day.

#sapotolkal #lokalah #khizanat

No comments: