Jun 3, 2012

Rolerkoster

not going.

Okay lepasni dah tak boleh nak :

“Weh, aku tak pergi class. Kalau ada orang tanya, cakap aku pergi sickbay tau.”
“Weh, 10 minit…. 5 minit… 5 minit… 3 minit je lagi…zzz”
“Weh, after essay.”
“Esok sempat lagi nak buat ni. Tidur lagi penting.”

Sesungguhnya binasalah dirimu jika kamu berkelakuan sedemikian rupa. Krohh

Masa dapat result SPM dulu pun macam baru tersedar bila ayah cakap, 
“Ayah tau anak ayah sebenarnya boleh dapat lagi baik dari ni.” 
Agaklah. 
Kalau study lebih sikit. 
Kalau baca banyak sikit. 
Kalau tak main-main. 
Kalau dengar cakap cikgu. 
Kalau usaha lebih sikit.

Kalau..kala..kal..ka..k…krik krik.

Soalan kacang kot sebenarnya. Setakat sejarah tanya pasal bendera Malaysia hekelehh. Setakat Bio tanya digestive system hekelehh. Setakat Agama kene susun-susun ayat hekelehh. Setakat BM bahagian A kena buat karangan Faedah Belajar Secara Berkumpulan hekelehh. Setakat Chemistry tanya pasal food additives hekelehh. Kemain hekelehh tapi tak dapat A+ pun. Okay benda dah lepas.

Serious tak sabar nak start college. Ayah yang dah berapa ratus kali ulang “Jangan main-main lepas ni.” Siap dah plan taknak bagi bawak laptop, taknak bagi tukar phone takut nanti lagha ber-socialnetwork segala. Tapi kaaaan, kita dah setahun pakai nokia cokia 5230 tsk tsk :’( Dah berapa ribu calar dah dekat screen. Dah tak terkira berapa kali jatuh terhempas. WiFi pun tak boleh detect. Jangan lah kejam sangat. Haih.


And result for MARA oversea dah keluar. Congrats siapa yang dapat. Ada yang terus keluar dari Matriks. haha :3 Ada yang tak dapat but it's okay. Tak ada rezeki. Ada yang masa SPM dulu tak dapat straight A's dapat offer untuk fly, and ada jugak yang dapat straight A's tapi tak dapat offer. 

Nampak tak nampak tak? Masa kita gembira dapat straight A's SPM dulu, masa tu ada jugak kekawan kita yang 'tak ada rezeki' rasa down. Sekarang giliran untuk rezeki mereka mereka yang sewaktu dengannya. Dulu A down masa spm, sekarang A up sebab MARA. Dulu B up masa SPM, sekarang MARA down kan B. Everyone has their ups and downs. So kita kena lah terima. Takpayah nak dengki down emo kebagai semua. It's your own strength that brings you back up.


*kemas balik kertas exam SPM yang berselerak masuk file*


Okay tu je. Goodnight, Assalamualaikum. May tomorrow be a better day for us, InsyaAllah :)

2 comments:

snmya said...

all the best chiqa (:

Ainal said...

thanks kak baya :)