When life knocks you down, just get back up.
Bila kau dalam gelap, terseliuh dan tersadung, apa yang kau harapkan ketika itu? Ada orang yang akan datang menghulurkan tangan bukan? Sebenarnya kau salah. Bila kau tersembam dimamah bumi, apa yang ada saat itu hanyalah usaha kau sendiri. Usaha untuk kau memegang dinding di sisi kiri dan kanan kau. Menguatkan seribu tulang dan urat-urat kau untuk terus berdiri. Tak apalah kau berdiri dengan pincang dan bengkok sekalipun. Asalkan kau tetap berdiri. Kuatkan hati dan terus berdiri untuk terus berjalan dalam gelap, kerna akhirnya, di setiap penghujung terowong itu ada cahaya. Biarlah orang yang menghulur tangan itu ramai sekalipun kerana pada akhirnya mereka akan pergi. Pergi membawa tali untuk selamatkan kau. Pergi menjauh. Yang tinggal hanyalah usaha kau.
No comments:
Post a Comment