Jun 25, 2013

Bau Semangat Anak Muda & Seyogia


Memandangkan cuti sebulan lebih, takkan nak duduk goyang kaki buang masa macam tu je kan? So gua pun order buku dari Lejen Press. Lejen Press ni best sebab buku-buku dia ni bukan jenis Jiwa Lara, Ombak Nafsu, Dingin Sembilu, Hatiku Ditusuk Cintamu ke apa semua tu. Buku-buku dia sangat sempoi. Barulah gua punya secawan teh (read : my cup of tea). Macam Hlovate.

Gua start dengan Seyogia. Gua beli sebab orang kata best, dan sedih. Dan sebab gua nak tau seyogia tu menatang apa, tapi tak ada pulak dia tulis maksud seyogia dalam buku tu. So gua google.

"Di dalam Kamus Dewan Ke-4 menyatakan bahawa yogia bermaksud berpatutan, padan, layak;
jadi seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya" (CikguBM, 2012)

Menitis air mata bila sampai part yang akhir-akhir tu. Serious sedih and cerita dia bukan macam typical malay story yang lain. Cerita berunsurkan kekeluargaan, hubungan adik beradik dan ada la terselit seciput cintan cintun tapi bukan yang mushy so seronok je baca. Watak utama is Jard/Jazreen. Hubungan dia dengan  satu-satunya abang dia betul-betul buat gua jeles. Betapa penyayangnya, betapa protective tapi tak mengongkong, betapa bertanggungjawab. Ada unsur Islamik jugak bila Jard ni jumpa dengan seorang perempuan masa dia lari dari rumah. Kalau dalam cerita Twilight Breaking Dawn, ada part lawan-lawan yang kita beria dah fuuuyoooohhh-fuyohhhhh-tengok-tu-kepala-dia-tercabut tapi rupa-rupanya tu semua vision. Dalam Seyogia pun ada. Punya baik dia saji kita dengan keindahan lepastu rupa-rupanya jeng jeng jeng pergi baca sendiri.

Gua taktau kenapa, tapi kalau ada penulis tu masukkan lagu dalam buku dia, tak payah fikir masak-masak gua instantly suka. Lepastu lagu pulak yang best-best. Terus naik satu anak tangga. Sebab kalau taste music gua dengan dia sama, confirm cerita yang dia tulis pun taste gua. 

Sama lah macam Bau Semangat Anak Muda ni. Sejujurnya gua rasa boring masa muka surat awal tapi the story gets better every time you turn to the next page. Serious tak tipu. Because you can't predict what's going to happen next. Dengar tajuk pun kita dah tau mesti pasal dakdak muda. Yang baru nak kenal music. Baru nak kenal Nirvana. Up sikit, try belajar main gitar. Hipster sikit, pergi gig. Last stage is buat band sendiri and perform dekat gig.

Nak gua buat sinopsis setiap bab, watak dan perwatakan, plot dan sebagainya, mintak maap la ye. Dalam kelas Bahasa Melayu masa Cikgu Ujang bincang komsas gua tidur.

Nah ni penulis dia sendiri yang tulis - Teh Tarik Gelas Besar

bui.

4 comments:

AzminaSarif's said...

Nak afterrrrrrrrrrrrr !!!!!

Ainal said...

@azminasarif haha okay nanti aku bagi :D

AzminaSarif's said...

Bileeeeee ?? Post ah

Ainal said...

@zzminasarif nanti bila everything dah settle aku bagi. tapiiii, kau after taro hihi