Jan 13, 2012

Friendship warms the heart

What I've Been Looking For - Ryan and Sharpay. I meant every word they sang.

Dah lama sangat aku nak tulis ni. Dah lama aku merangka, tapi semua macam tak kena. Sebab kau bukan calang-calang orang yang aku boleh tulis sembarangan. Aku taktau nak start macam mana. Aku rasa apa yang Lentok tulis tu macam menggambarkan aku. Memang padu gila aku rasa. Seriously. Tapi part last last tu dah macam iklan -.-' "kerana dirimu begitu berharga" cehh. Few days back, bukak kotak mesz, baca semua mesz kau, kau bagi support bila aku sakit, kau mintak maaf. Kau cakap kau tak pernah ada untuk aku, selalu tinggal aku. Padahal bila ingat balik kan, aku yang  tak pernah ada untuk kau. Susah ke senang, tak pernah. Kau selalu ingat aku. Tapi aku selalu lupa kau. Kau selalu lap air mata aku :) Lagi lagi masa form 4. Selalu sangat banjir. Asal banjir je, kau bagi aku Toblerone (Y) heee :D ada satu hari tu package dengan Hassan, si alien mata tiga. Hersheys cadburry choki choki rocky ^_^ Haji Ismail company pun ada. Best jugak ada kawan orang Kedah ni. Err Langkawi dekat Kedah kan? Kali terakhir aku berkhidmat sebagai peminjam bahu untuk kau lap hingus, 4 Februari 2010. Lepastu dah jauh gila. Naik form 5 lagi lah. Aku tinggal kau terus. Tapi takpelah, kau kan ada Marni. Aku ingat masa utop menetap dekat pantry. Kau pergi kantin beli lauk berbuka, kau tinggal diary bawah kerusi panjang. Aku golek golek dari bawah comforter Nana, hulur tangan, capai buku tebal cover putih. Selak selak. Ada satu page ni kau tulis pasal aku :) Kau tulis "Sorry pelangi. Aku baca diary kau." (err lebih kurang lah macamtu) 

Satu : blogging book lahhh bukan diary -__-  
Dua  : Tak rasa lawak ke aku baca diary kau yang kau mintak maaf sebab baca so-called-diary aku. Hee:D
Tiga  : Kau mintak maaf (LAGI) sebab tinggal aku. 

2011, aku teruskan kerjaya aku. Small brown coloured ring book with picture of a pirate at the front. Sorry. Aku baca sebab kau tak pernah share apa apa dengan aku. Yelah, kau kan ada Marni ._. Kau mintak maaf lagi sebab tak pernah ada untuk aku. Dah laaa. Kau buat aku rasa bersalah tahap championship. Aku yang bergunung dosa dengan kau ni sekuman pun tak pernah ingat nak mintak maaf. haih. It's hard to believe that I couldn't see you were always there beside me. Bila semua orang tertipu dengan senyuman plastik aku, kau je yang tau aku tengah sedih. Bila aku tiba tiba letak kepala atas meja tutup muka orang lain semua ingat aku tidur, kau je tau aku tengah leleh. Bila aku senyap dalam kelas, kau je yang perasan and tau something is not right. Di sebalik kekacakan dan kemachoan aku, kau je tau aku jelly macam mana. I've never had someone that knows me like you do :) Kesian kau jadi deskmate aku. Untunglah Marni ada kau, jealous aku. Tapi kau pun kira beruntung jugak, dapat kasih sayang aku. Bukan senang aku nak sayang orang :3 I wish nothing but the best for you. Im sorry I'm bad.

We both like this a lot, Hazen's :

" Aku mahu kita seperti vein dan arteri,
saling melengkapi dalam sistem aturan Illahi "



Biasa kita dengar kawan sampai mampus / kawan sampai kubur. Kau orang first aku cakap ni, friends till Janna, insyaAllah ♥

p/s : Aku tak suka kau ajar aku Add. Garang -.-

Post sampah macam ni pun boleh buat aku bergenang. Dasar hati tisu.

2 comments:

nuruljannah said...

klu Hasan aku basah mlm ni, semua salah kau.

Ainal said...

haha. kirim salam Hassan untuk aku :)