May 9, 2012

Friendsmance

Taktau kenapa, tapi sejak kebelakangan ni macam tiba-tiba sangat amat rindu nian kawan-kawan sampai ada satu masa tu, tiba-tiba termengalir sendiri air mata -.-' Se ri us. Sebab tu lah sekarang aku aktif skype. Bila The Kududs tweet and post dekat fb pasal their trip to JB, jealous gilaaaaa nak arwah. Rasa macam nak kemas bag lari dari rumah naik basikal pergi JB masa tu jugak, takpun ugut nak bunuh diri dekat mamayah sebab tak bagi pergi ikut diorang.


Sekarang semua tengah kecoh Form 6, Matriks, UPU, MARA, JPA, yayasan ituini segala semua. Aku malas sebenarnya nak bukak buku pegang pen balik. Tapi sebab taknak kahwin lari pergi Lombok lepastu makan pasir, so terpaksa lah. Excited lah jugak. Sebab dah boring duduk rumah and tak sabar nak jumpa kawan. Semua dah semangat planning siap buat geng/puak/team U masing-masing. Macam tak percaya. Dah 18. Dah 2012. Macam baru semalam reti naik basikal. Okay perumpamaan ni macam tak sesuai sebab Apip tak reti naik basikal lagi. Hahahahahahahaha okay sorry apip.


Korek-korek storage box, flashback ke djaman sekolah menengah.



Ada novel The Last Song, dapat masa form 4, Udin punya dia bagi pinjam, tapi aku ambik sebab aku dah gantikan dengan buku baru. TER-rosakkan buku tu. Cover depan macam terlipat sebab terjatuh. Plus, ada orang yang dengan cerdiknya stapler note dekat cover -.- Aku ni jenis yang kalau pinjam barang orang, mesti jaga elok-elok. Tapi buku je la yang aku jaga kerana buku tinggi martabatnya di mata aku. Sama spesies dengan Ami, kalau baca buku yang tebal-tebal tu, mesti kecik je angle buku tu dibukak masa nak baca sebab takut nanti rosak. Aku pantang betul orang rosakkan buku aku. Memang terima jelingan maut menusuk kalbu lepastu. Tapi mampu jeling je lah, takkanlah nak hancurkan tali persahabatan semata-mata sebab rosakkan buku ye dak? Okay sambung, so belikan Udin buku baru sebab takut dieww marah titew dah wosakkan buku dieww. I know you’re reading, sorry dude.

Nametags, tie clips, tshirts and medal sekolah lain punya. Standard sbp lah kan pas-pas barang. Birthday cards, notes and of course, meszsss :DD haha. Tak srikandi lah nyah kalau duduk STF 5 tahun tapi satu mesz pun takde. Memang memencil diri forever alone betei macamtu. Tapi ikut nasib lah, kalau dapat toeng jenis artistic, memang seronok tengok balik mesz. Tapi kalau dapat tulisan yang macam _______, buat semak weh simpan. Okay ada kad pesakit luar hospital sultanah aminah dengan puteri specialist hospital. Ahhhh menggamit memori luka betul tsk tsk. Menggamit tu apa pun?

Ada banner SPM :3 hewhew. Banner PMR mana entah mama dah buang kot. Ada tshirt putih yang penuh dengan cap jari and nama Utopian. Aku simpan lagi :’) Pakai masa celebrate birthday Ami (2010) dekat bukit. Ada kain selempang satin merah dengan lace kuning, izzy jahitkan masa birthday. Dengar cerita beliau bangun awal pagi semata-mata sebab nak jahit. Okay ini serious terharu. Bangun awal tu adalah sangat luar biasa untuk Izyan Najwa. Ada dress dinner and my first heels :’’) double tears.

Main point sekarang aku rindu kawan-kawan aku, tu je. And this will be the last time aku korek-korek storage box ni. Lagi 20 tahun baru bukak balik nak tunjuk dekat cucu.




9 comments:

Anonymous said...

uwwwwww, tenggiling :')

Ainal said...

:'( kitew winduwwwww

Anonymous said...

Kite punggg :(

Anonymous said...

:) I understand how it feels

ATIQAH ZAN. said...

okay tibe tibe aku rindu kau jugaaaaak :')

Ainal said...

hahahaha baguslah ramai ramai saling merindui :P

LightsOfHonesty said...

Kita baca entry ni, dengan gaya chika bercakap, dengan nada suara chika (zaman chika form 3 lah. hehehe)

Ainal said...

macam lah kak wan ingat pun cara kita bercakap semua :B

amiera nordin said...

touching rindu (: